Amsal 19: 26
...dan jangan menghina ibumu kalau ia sudah tua
Amsal 23: 22b
Seringkali kita melihat ibu kita menangis. Ada waktunya ibu menangis saat melihat kejayaan anak-anak dalam pelajaran, pelayanan dan ketika menikah. Itu bermakna tangisan itu adalah tangisan kebahagian. Tetapi seringkali juga ibu-ibu menangis kerana kecewa kepada anak-anak. Ada anak-anak yang jatuh terlalu dalam dalam dosa perzinahan, merompak, menagih dadah, masalah disiplin di sekolah dan pelbagai sebab yang negatif. Listen to me carefully... seorang ibu walau menangis kecewa sedalam mana pun tidak akan membenci anak-anak. Jauh di sudut hati ibu, tersimpan perasaan cinta luar biasa. Jangan sesekali berkecil hati ketika ibu anda mengatakan ‘anak tidak berguna’,’anak setan’, ‘kurang ajar’ dan banyak ayat lagi. Fahamilah bahawa itu lahir dari mulut mereka sahaja tetapi tidak melekat di dalam hati pun. Tetaplah setia pada ibu anda kerana syurga dunia ada di kaki ibu.
Bahu kecil ibu di cipta agar dapat menahan seluruh beban dunia dan isinya. Waktu kita masih bayi, bahu itulah yang menenangkan kita. Apabila kita besar dewasa, bahu itu tetap sedia menenangkan anda. Tenangkan diri anda di bahu ibu, tidak perlu mencari ketenangan dengan rokok, dadah ataupun melepak tidak tentu arah. Bahu kecil ibu mampu menanggung penderitaan anda...Saat anda berada dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari, kegagahan ibu inilah yang menjadikan anda menjadi manusia kerdil sehingga dewasa. Saat semua berputus asa, ibu memberikan seluruh keyakinan kepada kita untuk menjadi anak yang kuat dan berguna. Bukan menjadi penagih dadah, pemabuk, pembunuh atau perompak.
Jangan sesekali menghina ibu anda. Saat anda menghina ibu, saat itu anda menjadi manusia derhaka. Gembirakan hati ibu anda dengan apa yang anda anda. Bukan hanya dengan belajar bersungguh-sungguh, tetapi menjaga kelakuan diri sesuai dengan Firman Yesus Kristus. Arahkan diri kepada sisi terbaik jika saat ini anda telah mengecewakan ibu anda. Jadilah terang di mana pun anda berada kerana ia dapat menggembirakan hati ibu anda. Tunjukkan kasih teragung anda kepada ibu saat dia masih bernafas di bumi ini.
Jadilah TERANG di tengah kegelapan dunia.
TUHAN MEMBERKATI.